Wednesday, 2 September 2015

Cadangan-cadangan bagi mengatasi masalah kekurangan murid berkunjung ke pusat sumber. ( surat kiriman rasmi)

No 24, Lorong Tan Yuo Ying,
Sari 3, Taman Binaria,
30100 Ipoh Perak.
                                                                                                                                                                   

Guru Pusat Sumber,
Sekolah Kebangsaan Marian Convent,
Jalan Raja Dihilir,
30350 Ipoh Perak.                                                                            1 SEPTEMBER 2015
                              

     Puan,
Cadangan-cadanganMengalakkan Murid Berkunjung ke Pusat Sumber

Merujuk kepada perkara di atas, saya Darinesshan a/p Shanmugasuntharam dari kelas 6 Kenanga ingin memberi beberapa cadangan untuk menggalakkan murid-murid di sekolah ini berkunjung ke pusat sumber.

2.    Antara cara yang boleh dilakaukan adalah boleh menambah koleksi buku yang menarik. Buku-buku yang dibeli mestilah mengandungi gambar-gambar yang menarik dan bahasa yang senang difahami oleh murid-murid.

3.    Seterusnya, pihak pusat sumber juga boleh menyediakan pelbagai kemudahan kepada murid- murid. Sebagai contoh, kemudahan menggunakan internet ,menyediakan permainan dalaman dan bilik tayangan.

4.    Selain itu, bagi menarik perhatian para pengunjung juga, pihak pusat sumber harus menghias pusat sumber dengan warna yang ceria dan menghias. Ini kerana murid-murid suka jika pusat sumber dihias.

5.   Di samping itu, cikgu juga boleh mengadakan cabutan bertuah untuk murid-murid yang kerap berkunjung ke pusat sumber dan meminjam buku dari pusat sumber. Aktiviti ini akan menarik perhatian murid-murid untuk mengunjungi ke pusat sumber.

Sampai di sini sahaja surat saya dan diharapkan cadangan-cadangan di ats tadi dapat dilakukan bagi menarik minat murid-murid berkunjung ke pusat sumber. Sekian, terima kasih.

Yang Benar.
Darineshan
(DARINESHAN a/p SHANMUGASUNTHARAM)
(6 KENANGA)

Faedah-faedah Mengikuti Kelas Tambahan(Syarahan)


     Selamat sejahtera saya ucapkan kepada hadirin sekalian. Yang Dihormati, Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Marian Convent Ipoh, Para Hakim Yang Bijaksana, guru-guru serta hadirin sekalian. Pada hari ini saya akan menyampaikan sebuah syarahan bertajuk "Faedah-faedah mengikuti kelas tambahan." Kelas tambahan biasanya diadakan selepas sesi persekolahan. Mata pelajaran yang diajar dalam kelas tambahan ialah Matematik, Sains, Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

     Terdapat banyak faedah mengikuti kelas tambahan. Antara faedah yang dapat memperoleh ialah ilmu pengtahuan. Contohnya, guru akan mengajar cara menjawab soalan periksa dengan tepat dan melatih murid menjawap soalan mirip soalan peperiksaan sebenar.

     Selain itu, kita dapat berbincang soalan-soalan yang sukar. Guru akan membimbing murid cara menjawap soalan tersebut. Oleh itu, murid akan lebih memahami teknik yang betul mendapat jawapan.

     Seterusnya, kita dapat menjimatkan wang. Kita tidak perlu membazirkan wang untuk mengikuti kelas tambahan di luar. Kita boleh menggunakan wang itu untuk membeli buku-buku rujukan tambahan.

     Di samping itu, kita dapat meningkatkan pencapaian dalam peperiksaan. Ini kerana semasa mengikuti kelas tambahan, kita banyak melatih diri menjawap soalan-soalan berbentuk peperiksaan yang diberi olah cikgu. Oleh itu, kita akan menjadi lebih mahir menjawab soalan.

     Sekian sahaja syarahan dari saya pada pagi ini. Kesimpulannya, terdapat banyak faedah mengikuti kelas tambahan. Justeru, setiap murid mestilah mengikuti kelas tambahan yang dianjur oleh pihak sekolah.

Saturday, 29 August 2015

Kelebihan Berjimat cermat

     Amalan berjimat cermat merupakan amalan yang baik. Terdapat pelbagai cara yang dapat dilakukan untuk berjimat cermat. Antaranya membawa bekalan ke sekolah, menyimpan wang yang berlebihan dan berbelanja dengan cara yang berhemah.

     Terdapat banyak kebaikan daripada amalan berjimat cermat. Antaranya, kita boleh menggunakan wang simpanan ketika waktu kecemasan. Sebagai contoh apabila ahli keluarga jatuh sakit, kita boleh menggunakan wang simpanan untuk membayar ubat-ubatan.

     Selain itu kita juga boleh menggunakan wang itu untuk menbiayai pelajaran. Apabila ditawarkan melajutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti Universiti, kita boleh menggunakan wang simpanan untuk membayar wang pendaftaran.

     Seterusnya, kita juga boleh menggunakan wang simpanan untuk membeli barang keperluan. Contohnya, kita boleh membeli barang keperluan sekolah dan sewaktu musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri.

     Di samping itu, wang yang disimpan boleh diderma kepada orang yang ditimpa kesusahan. Kita boleh menderma wang kepada jiran atau mangsa supaya boleh meringankan beban mereka.
     Kesimpulannya ialah amalan berjimat cermat merupakan amalan yang banyak mendatangkan kebaikan. Justeru, kita mestilah berjimat cermat dan mengamalkansikap berjimat cermat.

Karangan Kelebihan Belajar Secara Berkumpulan (Fakta)

Karangan UPSR


      Belajar secara berkumpulan bermaksud belajar dalan kumpulan yang terdiri daripada 2 hingga 5 orang. Kita boleh belajar secara kumpulam di dalam dan luar kelas. Aktiviti belajar secara berkumpulan boleh dijalankan pada bila-bila masa sahaja.

        Terdapat banyak kelebihan belajar secara berkumpulan. Antaranya adalah kita boleh mendapat banyak ilmu pengetahuan. Ramai orang dapat memberi banyak idea. Contohnya sekiranya terdapat lima orang murid belajar dalam satu kumpulan ini bermakna kita akan dapat lima idea yang berbeza. Oleh itu, idea yang kita peroleh boleh digunakan untuk membantu kita dalam pelajaran.

           Selain itu, belajar secara berkumpulan juga dapat menghilangkan rasa bosan. Ini kerana semasa belajar dengan rakan-rakan, kita akan lebih berkomunikasi. Secara tidak langsung kita dapat belajar cara berkomunikasi dengan betul.

            Seterusnya, belajar secara berkumpulan, kita dapat mengisi masa lapang dan mengelakan diri dari melakukan aktiviti yang tidak berfaedah. Dengan ini kita dapat berbincang soalan soalan berbentuk peperiksaan.

              Di samping itu juga, kita dapat melatih diri bertolak ansur dengan rakan-rakan. Ini kerana kita perlu belajar menghormati pendapat rakan-rakan. Secara tidak langsung kita dapat mengeratkan hubungan dengan rakan.

              Sebagai kesimpulannya belajar berkumpulan mendatangkan banyak faedah. Oleh itu, semua murid seharusnya belajar bersama-sama rakan sebaya.